Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan dalam laman Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers, bahawa Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Stadium Terbaik Tahun 2020 bagi kategori undian awam.
Dengan undian menerusi laman web StadiumDB.com, yang berpangkalan di Poland, venue utama skuad Harimau Selatan itu telah menerima 64,240 undian untuk mengatasi Stadium Allegiant di Las Vegas dan Stadium Ahmad bin Ali di Qatar.
Stadium Sultan Ibrahim mula dibina pada 30 Januari 2016 sebelum dibuka secara rasmi pada 22 Februari 2020.
Pembinaan venue itu memakan belanja RM200 juta dan boleh menempatkan sehingga 40,000 penonton.

STADIUM SULTAN IBRAHIM DIPILIH SEBAGAI 'STADIUM OF THE YEAR' Stadium serba canggih milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta...
Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, 10 March 2021