Skip to main content

Bola Sepak

Stadium MBPJ meriah sambut kejayaan Selangor ke peringkat Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-fans.jpg
Menjelang aksi terakhir Liga Super melibatkan Selangor dan PDRM malam ini, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meriah dengan kehadiran penyokong Gergasi Merah sebagai meraikan kejayaan mereka ke peringkat Asia musim depan.

Selaku naib juara Liga Super musim ini, Selangor mengesahkan tempat dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) musim depan.

Dalam tinjuan wakil Astro Arena, Karl Nunis, di venue berkenaan sebentar tadi, lautan penyokong Merah Kuning sudah mula membanjiri 'rumah' mereka itu.

Seorang penyokong yang memperkenalkan dirinya sebagai Kamal berkata: "Kemenangan dalam perlawanan ini penting untuk Selangor mengekalkan momentum kerana kami akan ke ACL tahun depan.

"Ini agar momentum itu tidak jatuh kerana kami mahu Selangor menjuarai ACL bermula dengan menjadi juara kumpulan," katanya.

Seorang lagi penyokong yang menggelarkan dirinya sebagai Acap pula berkapa: "Hari ini saya datang untuk memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan saya, jatuh bangun mereka saya tetap berada di sini.

"Orang kata kalau main liga bawah sekalipun, saya tetap akan ada untuk Selangor."



 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video