Skip to main content

Bola Sepak

Stadium Darulmakmur padang asli pertama diiktiraf FIFA di Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psdm.jpg
Padang rumput asli pertama di Malaysia yang menerima pensijilan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Kerja naik taraf Stadium Darulmakmur secara rasminya telah selesai apabila dilengkapi rumput jenis Bermuda Tifgrand yang sudah mencapai tahap matang dan sedia untuk digunakan. 

"Padang ini menerima penarafan sangat baik dengan markah 93 peratus selepas penilaian diadakan meliputi tiga komponen utama iaitu ujian iklim, ujian prestasi sukan, dan ujian agronomik. 

"Pengiktirafan ini menandakan satu kejayaan besar dalam aspek teknikal dan penyelenggaraan padang sukan negara," katanya.

Ia juga dilengkapi dengan sistem siraman automatik telah dan berfungsi dengan baik.




Projek naik taraf padang berkenaan melibatkan kos RM1.6 juta iaitu RM500,000 sumbangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) manakala RM1.1 juta daripada kerajaan negeri.

Tambahnya, pihak kontraktor telah pun memberi lampu hijau untuk menggunakan padang tersebut tetapi dijangka ia hanya akan mula digunakan satu atau dua bulan lagi.

Advertisement

Must Watch Video