Skip to main content

Bola Sepak

Sri Pahang turun 100 peratus tenaga tempatan hadapi Terengganu

dollah-salleh.jpg
Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh, mengambil risiko untuk menurunkan 100 peratus tenaga tempatan menjelang pertemuan dengan Terengganu FC dalam perlawanan Liga Super di Kuantan malam esok.

Ia selepas mengambil kira keadaan pemain import skuad Tok Gajah itu yang masih gagal mencipta impak sehingga kini.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Adam Zamri, Dollah berkata: "Setakat ini memang saya akan mencuba untuk menggunakan pemain tempatan sahaja sebab karana rata-rata pemain import kami memang tidak boleh beraksi.

"Herold Goulon kerana kad merah dan Mohamadou (Wague) pula kerana kecederaan.

"Jadi, nampaknya sata terpaksa menggunakan khidmat pemain tempatan tetapi apa sekalipun, saya percaya dengan kemampuan mereka.

"Cuma nampaknya, apa yang saya khuatirkan ketika ini adalah di bahagian serangan yang ketandusan tetapi saya sedang melihatnya hari ini dan ada kemungkinan untuk beberapa pemain (tempatan) diserapkan ke dalam kesebelasan utama," katanya.

Advertisement

Must Watch Video