Skip to main content

Bola Sepak

Sri Pahang kembali lantik Dollah Salleh, rehatkan Gamel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fandi-ahmad-dollah-salleh_1.jpg
Sri Pahang FC hari ini mengumumkan pelantikan Dollah Salleh sebagai ketua jurulatih interim bagi menggantikan Christophe Gamel sehingga penghujung musim ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu sebentar tadi, Sri Pahang mengesahkan khidmat Gamel tidak dapat diteruskan selain turut mengumumkan pelantikan legenda bolasepak Singapura, Fandi Ahmad, sebagai penasihat teknikal.

"Kelab Bolasepak Sri Pahang mengumumkan bahawa pengurus pasukan, Dollah Salleh, telah dilantik sebagai ketua jurulatih interim pasukan Liga Super Sri Pahang sehingga akhir musim ini.  

"Beliau mengambil alih tugasan daripada Christophe Gamel yang tidak diteruskan khidmatnya.

"Kelab ini juga mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Christophe Gamel.  

"Sri Pahang turut berbesar hati mengumumkan Fandi Ahmad sebagai Penasihat Teknikal.  

"Fandi bukanlah nama asing dalam kalangan penyokong Sri Pahang,  di mana beliau pernah menyarung jersi Tok Gajah selama dua musim dan merupakan anggota skuad kejuaraan berganda Liga Perdana dan Piala Malaysia 1992.

"Semoga kepakaran dan pengalaman Fandi Ahmad akan memanfaatkan pasukan Sri Pahang," kata Kenyataan itu.





 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video