SRI PAHANG 1 SELANGOR 0
Ketumpulan di barisan hadapan sekali lagi meranapkan barisan kendalian Tan Cheng Hoe untuk membawa pulang mata dari Stadium Darulmakmur selepas tumbang 0-1 kepada Sri Pahang FC, sebentar tadi.
"Kami ada dua peluang terbaik untuk jaringkan gol dalam babak pertama.
"Kami terlalu awal dibolosi gol dalam babak gol yang sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan pasukan.
"Yan penting saya masih percaya dengan kemampuan kami. Saya yakin kami akan bermian lebih baik pada masa akan datang.
"Setiap hari kami kena belajar daripada kesilapan. Kekuatan pasukan adalah kemampuan mencipta peluang tetapi tidak mampu menjaringkan gol dan itulah akibatnya kami dibolosi. Itulah sebabnya kami gagal menang pada petang ini," kata ketua jurulatih Selangor itu.
Jaringan pemusnah pemain import, Kevin Ingreso, pada minit ke-50 menjadi pemisah ketika Sri Pahang menundukkan Selangor.
Selangor menggandakan asakan namun gagal menemui titik penyudah dalam pemburuan gol penyamaan.
Kedua-dua pasukan memiliki beberapa peluang terhidang untuk memecah kebuntuan dalam separuh masa pertama yang antaranya menyaksikan sepakan percuma Stefano Brundo melewati palang gol pelawat.
Gergasi Merah turut berpeluang menerusi percubaan Faisal Halim tetapi tendangan penyerang itu pada minit ke-15 dinafikan penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin, sebelum jaringan Ayron Rodriguez dikesan ofsaid selain percubaan liar Mukhairi Ajmal Mahadi.
Kemenangan ini memastikan Sri Pahang berkongsi 34 mata dengan seteru dari Lembah Klang itu yang kekal menguasai tangga kedua Liga Super.