Skip to main content

Bola Sepak

Spurs perlu terima kekalahan, bangkit dalam aksi berikutnya

arnaut-danjuma_143ix5jfsc5ph1p1kxx2wrmfhm.jpg
Arnaut Danjuma percaya Tottenham bangkit segera daripada kekalahan dramatik 3-2 kepada Bournemouth ketika mereka mengejar kelompok empat teratas.

Spurs berada di pihak yang salah dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam yang berkesudahan dengan lima gol, selepas jaringan Dango Ouattara pada minit ke-95 mengesahkan kemenangan buat Cherries.

Danjuma telah menyamakan kedudukan pada penghujung masa biasa untuk kelihatan menyelamatkan satu mata selepas Matias Vina dan Dominic Solanke telah membatalkan gol pembukaan Son Heung-min.

Ekoran kekalahan ini, Spurs di tangga kelima terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan dengan Manchester United dan Newcastle United di tempat ketiga, yang mengalami kekalahan 3-0 kepada Aston Villa.

"Kami perlu akur dengan kekalahan ini," katanya kepada BBC Match of the Day. 

"Saya fikir kami melakukan yang terbaik untuk mengejar gol tambahan. 

"Jika anda adalah Spurs, anda harus sentiasa berusaha untuk meraih kemenangan.

"Ia tidak dapat dielakkan, anda meninggalkan sedikit ruang untuk Bournemouth untuk melakukan serangan balas.

"Keadaan agak sunyi [di bilik persalinan] tetapi walaupun senyap, kami masih teruja dengan perlawanan akan datang.

"Kami melihat Newcastle kehilangan mata.

"Perlawanan ini tidak baik untuk kami, tetapi kami kembali ke melihat semula strategi pasukan dan bekerja keras dalam latihan."
 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video