Skip to main content

Bola Sepak

Spurs buat silap -- Pocchettino

8318mauricio-pochettino.jpg
Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino, menyifatkan "kesilapan besar" merupakan faktor di sebalik punca mereka tersingkir daipada saingan Liga Juara-Juara (UCL) selepas tewas 2-1 di laman sendiri kepada Juventus, awal pagi tadi.

Spurs bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk seri 2-2 dalam aksi pertama di Turin tetapi Juve telah mengulangi pencapaian mereka di Wembley, sekali gus menyaksikan Spurs tersingkir.

Gonzalo Higuain dan Paulo Dybala menjaringkan gol dalam tempoh tiga minit untuk mengubah haluan perlawanan pusingan 16 ini selepas Son Heung-min meletakkan skuad Pocchettino di depan sebelum tamat separuh masa.

Pengendali Tottenham itu berasakan pertahanan yang hambar telah menyaksikan Juve mara ke suku akhir selepas menang 4-3 secara agregat.

"Kurang daripada tiga minit, kami bolos dua gol," kata Pochettino. "Dua kesilapan besar dan kami terkeluar daripada kejohanan ini.

"Saya beraskan kami telah bermain dengan baik. 

"Kami telah menghasilkan peluang, Spurs berhak untuk menempah slot ke pusingan seterusnya jika kami lebih klinikal di depan gol," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video