Skip to main content

Bola Sepak

Spalletti puji semangat Osimhen benam Juventus

victor-osimhen_1spknecpnop18100xbl0jwix5z.jpg
Luciano Spalletti memuji Victor Osimhen atas persembahannya ketika Napoli membelasah Juventus 5-1 dan berkata dia 'kagum' dengan apa diberikan oleh penyerang itu.

Osimhen membuka jaringan untuk Napoli dalam pertembungan Serie A teratas hari ini dengan penyudah jarak dekat, menamatkan rentak Juve selama 770 minit tanpa bolos dalam saingan liga.

Pemain berusia 24 tahun itu kemudian melakukan bantuan jaringan buat Khvicha Kvaratskhelia, sebelum menggandakan jaringan golnya pada separuh masa kedua di antara jaringan Amir Rrahmani dan Elif Elmas.

Dia hanya pemain ketiga yang menjaringkan gol dan membantu dalam separuh masa pertama menentang Juve sepanjang 15 musim lalu, selepas pemain Cagliari, Luca Gagliano dan Diego Perotti dari Roma (kedua-duanya pada 2020).

Namun dia telah menghasilkan mempamerkan 13 gol dan tiga bantuan dalam 17 penampilan musim ini, Spalletti percaya terdapat banyak lagi yang akan datang daripada pemain antarabangsa Nigeria itu.

"Saya kagum dengan potensi Osimhen," kata Spalletti kepada DAZN. “Dia hebat mengawal bola, mampu menangani saingan fizikal dan mempunyai keberanian.

"Dia telah mengalami kecederaan di bahagian muka namun kerana dia tidak pernah berundur. Dia selalu mengambil risiko tetapi dia seorang pemain yang mempunyai potensi dan ruang untuk diperbaiki."

Napoli kini telah menjaringkan 64 gol dalam 24 perlawanan musim ini, menjadikan mereka sebagi kelab keempat tertinggi menjaringkan gol di seluruh lima liga utama Eropah.
 

Advertisement

Must Watch Video