Skip to main content

Bola Sepak

Southgate optimis Alli turun menentang Belgium

delealli-cropped_xz1u5jsg5fxr1oam6zscaxqrx.jpg
Gareth Southgate berasa kejayaan England mara ke pusingan 16 Piala Dunia telah mengurangkan tekanan terhadap Dele Alli ketika dia pulih daripada kecederaan paha, tetapi berkata pemain tengah itu sedang menunjukkan peningkatan baik.

Alli bermain 80 minit ketika England menewaskan Tunisia 2-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G tetapi kehadirannya di bangku simpanan tidak digunakan dalam kemenangan 6-1 ke atas Panama di Stadium Nizhny Novgorod, semalam.

Ruben Loftus-Cheek mengambil alih tugas perancang Tottenham itu ketika England meraih kemenangan tetapi Southgate membayangkan bahawa dia mungkin memilih Alli untuk perlawanan terakhir mereka menentang Belgium di Stadium Kaliningrad, awal pagi Jumaat ini.

"Dele menunjukkan peningkatan baik," kata Southgate kepada wartawan selepas kemenangan ke atas Panama. "Dia mempunyai peluang untuk berlatih di padang hari ini dan kami tahu betapa dekatnya untuk perlawanan menentang Belgium.

"Ia mengurangkan tekanan keputusan untuk bermain dalam perlawanan itu tetapi jika dia sudah bersedia, ini peluang yang baik untuknya."

Dalam pada itu, Southgate berkata kecederaan pada kaki Kieran Trippier selepas kemenangan di Nizhny Novgorod tidak membimbangkan.

"Kieran berasa sedikit sakit ketika menuju waktu rehat tetapi dia mengatakan keadaannya baik."

Advertisement

Must Watch Video