Skip to main content

Bola Sepak

Southgate gembira dengan persembahan Kane

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harrykane.jpg
Gareth Southgate meluahkan kegembiraannya di atas persembahan penyerang utama, Harry Kane, yang meledak dua gol buat England ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Tunisia, awal pagi tadi.

Kane, yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan, menjaringkan dua gol bagi memastikan kempen Piala Dunia England bermula dengan langkah kanan.

Penyerang Tottenham itu tidak menjaringkan sebarang gol dalam kejohanan utama selepas gagal mencetaknya dalam Euro 2016 tetapi Southgate memberikan pujian di atas persembahan kapten England itu.

“Jika Kane tidak menjaringkan gol, saya mungkin perlu menjawab mengenai kebolehannya untuk meledak gol dalam kejohanan utama," katanya.

“Kane kini hanya perlu menjaringkan gol dalam bulan Ogos. Saya secara peribadi berpuas hati dengan persembahannya.

“Saya menyedari dia amat berbangga mengetuai skuad kebangsaan dan berjaya merakamkan kemenangan. Ia merupakan perkara yang paling penting."

England akan berharap dapat memastikan mereka mara ke pusingan kalah mati ketika berdepan Panama di Stadium Nizhny Novgorod, Ahad ini.
 

Advertisement

Must Watch Video