Skip to main content

Bola Sepak

Sorakan penyokong azimat Napoli perkemas aksi

osimhen_1.jpg
NAPOLI 3 CREMONESE 0

Luciano Spalletti memuji penyokong Napoli kerana membantu pasukannya meningkatkan tahap permainan anak buahnya ketika mencipta kemenangan 3-0 ke atas Cremonese, awal pagi tadi. 


Gol daripada Khvicha Kvaratskhelia, Victor Osimhen -- gol ke-17 peribadinya musim ini -- dan Eljif Elmas menjulang pendahulu Serie A itu untuk melebarkan penguasaan mereka kepada 16 mata.

Selepas tewas kepada kelab tercorot itu dalam Coppa Italia bulan lalu, tuan rumah bangkit memperkemaskan permainan mereka di Stadio Diego Armando Maradona.

Berikutan permulaan goyah, Spalletti memuji dorongan yang dilaungkan penyokong yang disifatkan sebagai kunci membantu pasukannya untuk fokus dalam separuh masa kedua.

"Bandar kami, peminat kami, penyokong mengambil berat tentang apa yang kami lakukan di sini," katanya kepada DAZN. 

“Mereka faham bahawa kami berpeluang meraih pencapaian penting.

"Semua orang dapat lihat bahawa kami kurang tenang seperti biasa dalam babak pertama. Kami menjadi sedikit gementar dan ia menjadikan perlawanan ini lebih sukar.


 

"Cremonese bermain secara melebar dan kami kehausan tenaga kerana terpaksa mempertahankan bola yang mereka masukkan ke dalam kotak penalti. Tetapi kami beraksi lebih baik dalam separuh masa kedua.

"Saya perlu memuji penyokong kerana itulah tugas yang melakukan buat kami. Pemain kami bersedia untuk mengorbankan diri di atas padang demi mencapai keputusan positif."
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video