Kecederaan terbaru pergelangan kaki yang menimpa Harry Kane mendorong Tottenham untuk sekali lagi bergantung kepada kualiti bintang, Son Heung-min, ujar tonggak pertahanan, Jan Vertonghen.
Kane diusung keluar ketika aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Manchester City, semalam, selepas cuba mencabar bola dengan rakan sepasukan dalam kem England, Fabian Delph.
Penyerang berusia 25 tahun itu kelihatan meninggalkan Stadium Tottenham Hotspur dengan bertongkat dan kaki kirinya dipakaikan pelindung khas sementara Mauricio Pochettino meluahkan kegusaran mungkin berdepan kehilangan Kane untuk baki aksi musim ini.
Ledakan Son pada minit ke-78 memberikan kelebihan 1-0 kepada Spurs buat dijadikan bekalan dalam aksi timbal balik di Stadium Etihad minggu depan.
"Semua orang akan menaruh harapan terhadap Sonny," kata Vertonghen. "Harry akan kembali daripada kecederaan, dengan harapan ia akan berlaku tidak lama lagi.
"Setiap orang perlu tampil menyerlah seperti yang kami lakukan sebelum ini. Saya fikir kami telah meraih kemenangan dalam semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika kami kehilangan Harry dan mudah-mudahan kami dapat melakukannya sekali lagi."
Spurs ternyata mengagumkan ketika kehilangan Kane musim ini dengan Son sedia menggalas tugas menjana serangan selepas jaringannya menghukum City.
Oktober lalu, ketua pasukan England itu direhatkan ketika bertemu West Ham dalam Piala Liga Inggeris (EFL) yang menyaksikan Son mencetak gol berganda dalam kemenangan 3-1.
Kecederaan buku lali Kane, yang berlaku ketika mereka tewas kepada Manchester United, Januari lalu, telah meminggirkannya selama tujuh perlawanan.
Merumitkan lagi situasi itu, Son menyertai Korea Selatan untuk tugasan antarabangsa dalam Piala Asia 2019 sehingga menjejaskan Spurs apabila terpaksa bangkit untuk membenam Fulham 2-1 dan tersingkir dalam perebutan piala kepada Chelsea dan Crystal Palace.
Kepulangan Son ke pangkuan Spurs membawa makna besar apabila dia menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 untuk menundukkan Watford 2-1 -- rentetan gol pertamanya dalam empat kemenangan.
Dalam 40 penampilan musim ini, Son merekodkan 18 gol dengan purata jaringannya hadir setiap 150.2 minit.
Dalam lima perlawanan yang dimainkannya tanpa Kane, dia mencetak enam gol dalam tempoh 448 minit permainan atau satu gol pada setiap 74.6 minit.
Justeru, sekiranya City serta seteru mereka dalam kedudukan teratas EPL yang lain menganggap Tottenham akan pincang tanpa kelibat Kane, Son sebaliknya memberikan mereka banyak sebab untuk berfikir semula.