Kapten Tottenham, Son Heung-min, dia tidak sabar-sabar lagi untuk berdepan rakan sepasukannya, Brennan Johnson, yang dibeli dengan harga £47.5 juta (RM277.7j) pada musim panas lalu.
Kedua-dua pemain itu bertembung untuk perlawanan pemanas badan di antara Wales dan Korea Selatan di Cardiff, awal pagi esok.
Selepas tugasan antarabangsa, kedua-duanya akan bersedia di peringkat kelab tatkala Spurs berusaha untuk membina permulaan yang memberangsangkan di bawah bimbingan Ange Postecoglou musim ini ketika menentang Sheffield United di laman sendiri pada 16 September.
“Brennan merupakan seorang lagi bintang baru. Dia mempamerkan kualitinya di Nottingham Forest tahun lalu dan saya tidak sabar-sabar lagi untuk melihatnya dengan mata saya,” kata Son mengenai rakan sepasukan barunya yang dijangka mengisi jentera serangan yang ditinggalkan Harry Kane.
“Dia seorang pemain yang sangat bagus dan berbakat besar. Selamat datang ke Spurs! Saya tidak sabar untuk bermain disampingnya.
“Kami baru mengharungi empat perlawanan dan kami mahu membina rentak ini dengan cara yang positif menerusi pemain baru kami, Brennan.
“Apabila datang ke Spurs, dia mahu meningkat dan mencapai tahap yang seterusnya. Dia akan berasakan tekanan tetapi saya tidak sabar untuk mempunyai dia di dalam pasukan kami yang mnahu menerapkan permainan lebih pantas dan menyerang."

Welcome to your new home, Brennan ?
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) September 4, 2023
? @SpursStadium pic.twitter.com/QDKKbMI84e