CSKA MOSCOW 0 TOTTENHAM HOTSPUR 1
Son Heung-min meledak gol kelimanya musim ini untuk membantu Tottenham meraih kemenangan 1-0 ke atas CSKA Moscow dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Tottenham mengawal permainan pada awal separuh masa pertama, namun kedua-dua pasukan gagal menghasilkan peluang sehingga minit ke-35 apabila Dele Alli hampir membuka jaringan buat Spurs tetapi percubaannya sekadar menggegarkan palang gol.
Selang seminit kemudian, jaringan Vincent Janssen dibatalkan kerana berada di kedudukan ofsaid manakala pertahanan, Toby Alderweireld, melepaskan tandukan, namun berjaya ditampan oleh penjaga gol, Igor Akinfeev.
Skuad kendalian Mauricio Pochettino akhirnya membuka jaringan pada minit ke-71 hasil rembatan rendah Son untuk memberikan tiga mata penuh buat Spurs.
Ia merupakan kemenangan berharga buat Spurs selepas tewas di laman sendiri dalam aksi pembukaan Kumpulan E kepada Monaco 2-1.