Ole Gunnar Solskjaer mengharapkan satu lagi kebangkitan dalam aksi separuh akhir Piala EFL walaupun mengakui pemain Manchester United mengabaikan tanggungjawab ketika tewas 3-1 di tangan Manchester City, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu dirobek dalam babak pertama sewaktu United menang 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad, bulan lalu tetapi situasi menjadi sebaliknya di Old Trafford, awal pagi tadi.
Gol daripada Bernardo Silva dan Riyad Mahrez serta jaringan sendiri Andreas Pereira memberikan City pendahuluan 3-0 sebelum rehat.
Marcus Rashford menyumbat gol saguhati dalam separuh masa kedua tatkala City tenang mengawal kecergasan dan rentak permainan, membiarkan Solskjaer terpaksa mengharapkan satu lagi kebangkitan seperti ketika menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, di mana The Red Devils menang 3-1 selepas tewas 2-0 di laman sendiri.
"Daripada jaringan pertama lawan, gol kedua terutamanya, kami bergelut untuk menyaingi mereka," katanya.
"Reaksi yang baik dalam babak kedua tetapi sebelum rehat, sehingga mereka menghasilkan gol, tiada siapa yang mendominasi. Selepas City hasilkan gol, kami tidak dapat mengawal rentak permainan.
"Kami tidak memahami taktikal yang dipamerkan lawan. Kami tahu mereka boleh bermain sebegitu kerana sudah menyaksikannya beberapa kali. Saya melihatnya ketika mereka menentang Chelsea dan menang 5-0 di Etihiad, jadi ia bukan satu kejutan.
"Mereka bagus dalam apa yang dilakukan. Gol pertama, tiada apa yang boleh kami lakukan. Gol kedua, ia agak mudah dan jaringan ketiga membuktikan kami belum pulih daripada dibolosi.
"Selepas rehat, kami dapat beraksi dengan baik dan cuba pamerkan kebangkitan.
"Sebelum ini, kami pernah ketinggalan di laman sendiri dan mengubah situasi itu sewaktu menentang PSG tahun lalu. Ia contoh terbaik buat kami, jadi kami harus percaya kepada diri apa menuju ke Etihad. Diharapkan, kami mampu catat persembahan terbaik."
Solskjaer membawa masuk Nemanja Matic menggantikan Jesse Lingard untuk meraih kawalan permainan lebih baik tatkala City turun tanpa penyerang tengah tulen.
"Berbekalkan pengalaman Matic, kami lebih yakin tetapi ia mengenai kemahuan mendapatkan bola, percaya serta hantaran ke depan. Dalam babak pertama, terlalu banyak hantaran segi empat atau ke belakang," tambah pengendali itu.
"Kami hanya melepaskan tanggungjawab. Seseorang perlu mengambil tanggungjawab itu dan kami lakukannya dalam babak kedua."
Editor: Nafis Abdullah