Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, akur dengan jurang kualiti di antara pasukannya dengan Manchester City selepas tewas 0-2 dalam aksi liga di Old Trafford, awal pagi tadi.
United dibelasah Everton 4-0, hujung minggu lalu, dan Solskjaer merombak pasukannya dalam aksi 'derby' Manchester itu.
Sebanyak lima pertukaran dilakukannya dalam kesebelasan utama bagi mendorong aksi seimbang dalam separuh masa pertama yang berakhir tanpa jaringan.
Bagaimanapun, City berada di depan menerusi jaringan Benardo Silva pada minit ke-54 sebelum mereka selesa menguasai perlawanan selepas pemain gantian, Leroy Sane, melepaskan rembatan yang melantun masuk daripada hadangan kaki penjaga gol, David de Gea.
"Kami memberikan reaksi, namun pada akhirnya, kami tewas kepada pasukan yang lebih baik," katanya kepada Sky Sports.
"Bagaimanapun, kami menerima reaksi daripada penyokong dan pemain untuk melakukan percubaan dan terus berusaha.
"Ia tidak selalu menemui sasaran, namun anda dapat lihat usaha yang dilakukan mereka.
"Ia belum cukup bagus. Tedapat perbezaan daripada segi kualiti.
"Disebabkan itu, mereka berada di atas dan kami berada di mana kami berada sekarang.
"Mereka telah menetapkan standard mereka.
"Hidup di Manchester tidak akan bahagia seperti itu.
"Ia terpulang kepada kami untuk menutup jurang itu dan memintas mereka.
"Hari ini, anda tidak boleh katakan yang mereka tidak berlari.
"Anda dapat lihat dengan jelas keinginan dan fokus mereka.
"Kami hanya perlu berusaha lagi," katanya.
Kapten pelawat, Vincent Kompany, dan Oleksandr Zinchenko, dilayangkan kad kuning dalam separuh masa pertama ketika mengekang serangan United, namun Solskjaer memuji gaya permainan City yang kurang disenangi Pep Guardiola itu.
"Saya sedang memuji.
"City mahu memenangi kembali (bola) dan dengan keagresifan mereka itu, ia pasti akan menjadi kekasaran.
"Anda mahukan pasukan seperti itu.
"Mereka membawa bola ke atas dan sentiasa mahu memenanginya kembali.
"Mereka menghalang kami dengan amat baik," tambahnya.
De Gea melakukan kesilapan yang membantu dua gol City -- Silva turut menewaskan penjaga gol kebangsaan Sepanyol itu di 'near post' -- dan ia meneruskan rekod buruknya walaupun dilabel sebagai pemain United yang paling tekal.
Menjelang pertemuan penting dengan Chelsea, hujung minggu ini dan di samping kekalahan Arsenal kepada Wolves yang membuka kembali perebutan kedudukan empat teratas, Solskjaer ada pesanan buat penjaga golnya itu.
"David juga melakukan aksi menyelamat luar biasa. Dia memiliki standard yang tinggi.
"Ketika berdepan situasi seperti ini, kami perlu kekal bersatu, melupakan segala yang terjadi, tidak bertindak terburu-buru dan terus berusaha.
"Kami perlu kembali berjuang pada Ahad ini," katanya.