Ole Gunnar Solskjaer menyatakan bahawa dia amat teruja selepas dilantik sebagai pengurus Manchester United secara tetap.
Solskjaer mengisi jawatan pengurus sementara sejak Disember lalu selepas pemecatan Jose Mourinho dan mencetuskan inspirasi kepada peningkatan prestasi The Red Devils.
Pengurus dari Norway itu memenangi lapan perlawanan awalnya sebelum mengetuai United untuk melakar kejutan ke atas Paris Saint-Germain (PSG), seterusnya menempah tempat dalam suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Barcelona bulan depan.
Biarpun United tewas dalam dua perlawanan terakhir mereka menjelang jadual antarabangsa, pelantikan Solskjaer dengan mengikat perjanjian tiga tahun disahkan kelab berkenaan, sebentar tadi.
"Dari hari pertama saya tiba lagi, saya berasakan kehadiran saya di kelab ini seperti di kampung halaman sendiri," kata Solskjaer yang meninggalkan FC Molde untuk kembali ke Old Trafford.
"Ia satu penghormatan untuk menjadi pemain Manchester United, kemudian melanjutkannya sebagai pengurus.
"Beberapa bulan lalu merupakan pengalaman hebat dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan kejurulatihan, pemain dan kakitangan di atas kerja yang telah dilakukan setakat ini.
"Inilah tugas yang selalu saya impikan dan saya teruja berpeluang untuk memimpin kelab ini dalam jangka panjang sambil berharap dapat meraih kejayaan yang berterusan buat peminat kami yang hebat," katanya.
United memungut mata terbanyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berbanding seterunya yang lain sejak ketibaan Solskjaer, namun mereka tumpas kepada Wolves di peringkat suku akhir Piala FA.