Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Solskjaer harap barisan jurulatih dikekalkan

ole-gunnar-solskjaer.jpg
Ole Gunnar Solskjaer tiada keinginan untuk barisan kejurulatihannya ditukar selepas dilantik pengurus tetap Manchester United, semalam.

United mengesahkan Solskjaer, yang menggantikan Jose Mourinho sejak Disember lalu, bersetuju untuk mengikat kontrak tiga tahun dengan kelab itu.

Sejak dilantik menjadi pengurus sementara, Solskjaer mengekalkan khidmat Michael Carrick dan Kieran McKenna selaku jurulatih pasukan utama dan membawa kembali Mike Phelan yang sebelum ini pernah menjadi penolong jurulatih kepada Alex Ferguson.

Gandingan itu terbukti menggerunkan dengan mereka membawa kembali kelab itu ke kedudukan empat terbaik dalam Liga Perdana Inggeris dan ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menerusi kebangkitan menakjubkan dengan menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) dalam pusingan 16.

Kelab itu masih belum mengumumkan sama ada khidmat Carrick, McKenna dan Phelan akan dikekalkan, namun pengendali kelahiran Norway itu tidak teragak-agak untuk mengekalkan pasukannya itu 

"Mike merupakan kunci kepada pasukan kejurulatihan kami dan mereka saling berbincang di antara satu sama lain," katanya dalam sidang media.

"Sudah pasti, saya sudah meluahkan pandangan saya untuk pasukan ini dikekalkan.

"Saya amat berharap ia akan kekal.

"Pegawai kami dapat bekerjasama dengan baik, ia menjadi kunci utama untuk mendapatkan hasil yang baik.

"Saya tidak bercadang untuk melakukan sebarang perubahan dan mereka juga tidak berjumpa saya untuk memberitahu yang pasukan ini akan dikekalkan.

"Jadi, harap-harap pasukan ini masih dapat dikekalkan," katanya.

Advertisement

Must Watch Video