Ole Gunnar Solskjaer percaya Manchester United membuktikan sesuatu berikutan kemenangan berterusan baru-baru ini dengan bangkit untuk mengikat Burnley.
Solskjaer, yang telah memenangi kesemua lapan perlawanan awal sebagai pengurus sementara, sebelum pertemuan di Old Trafford itu awal pagi tadi, mengelak kekalahan pertama apabila mempamerkan kebangkitan selepas membenarkan Burnley mendahului perlawanan 2-0 sehingga minit ke-87.
Bagaimanapun, jaringan penalti Paul Pogba merapatkan jurang perlawanan sebelum gol Victor Lindelof dalam masa kecederaan membantu mereka meraih keputusan seri dramatik.
Ini adalah kali pertama United ketinggalan dalam perlawanan sepanjang kendalian Solskjaer dan bekas penggempur itu bangga dengan tindak balas anak buahnya di sebalik persembahan hambar mereka.
"Ketika dalam perjalanan untuk menghadiri sidang media ini, saya disapa beberapa kakitangan kelab yang mengatakan: 'Semangat yang hebat, semangat untuk berjuang dan cara mereka untuk bangkit adalah hebat'," katanya.
"Jadi, sudah tentu saya gembira dengan satu mata diraih, namun kami boleh memungut tiga mata walaupun kami boleh menang, kami kesuntukan masa. Kami bermula dengan lembab.
"Itu pengajaran buat kami tetapi sekarang ini, anda sudah mendapat jawapan mengenai kesangsian 'bolehkah pemain United bangkit jika mereka ketinggalan dengan satu atau dua gol?'
"Begitupun, saya sangat gembira dengan usaha pemain saya."
Andreas Pereira, yang memulakan aksi liga dalam kesebelasan utama sejak Ogos, kehilangan bola yang mencetuskan gol pembukaan Ashley Barnes sebelum digantikan dengan Jesse Lingard selepas minit ke-63 permainan.
Kelibat pemain tengah itu merupakan kejutan utama dalam barisan luar biasa yang diketengahkan Solskjaer manakala Juan Mata dan Marcus Rashford mengisi bahagian sayap dan Romelu Lukaku sebagai penyerang tengah.
Solskjaer berasakan dia tersepit dengan situasi itu berikutan Anthony Martial gagal pulih daripada kecederaan ringan yang menimpanya ketika latihan, justeru dia berharap Pereira akan belajar daripada kesilapannya.
"Tidak, itu keputusan yang tepat untuk dibuat," katanya mengenai percaturan barisan utamanya. "Saya sentiasa ingin menurunkan beberapa pemain, sayangnya dia (Pereira) turut terlibat ketika kami dibolosi gol pertama, tetapi itulah tanggungjawab keseluruhan pasukan.
"Kami sendiri yang mengundang masalah. Daripada memilih untuk membuat lorongan kepada penyerang, kami sebaliknya membuat hantaran kepada penjaga gawang dan itu salah satu perkara yang perlu kami pelajari."