Ultras Selangor atau UltraSel mendapat perhatian dunia bola sepak setelah menzahirkan solidariti terhadap Palestin.
Kehadiran UltraSel pada perlawanan Liga Super antara Selangor dan Sabah di Stadium Majlis Bandara Petaling Jaya (MBPJ) semalam memberi sokongan buat skuad Gergasi Merah mencapai misi 3 mata.
Sebelum aksi bermula, UltraSel dilihat menaikkan sebuah tifo beserta kain rentang yang tertera ayat “Katakan tidak kepada pembunuhan beramai-ramai” dan “Keluarkan Israel daripada bola sepak”
Satu klip video rakaman UltraSel itu telah disiarkan di platform media sosial, malah mendapat liputan hangat apabila turut dikongsikan oleh peminat bola sepak di serata dunia.
Salah seorang wartawan terkemuka di Eropah, Leyla Hamed, turut mengulang siar video tersebut sambil memuji tindakan berani UltraSel dalam menyuarakan kezaliman Israel selama ini.
“Adegan daripada Liga Malaysia apabila penyokong Selangor mempamerkan tifo yang cukup mengagumkan, menyertai gerakan Red Card Israel,” ujar Leyla di laman X.
“Daripada hilang sokongan, seruan untuk menghalau Israel daripada bola sepak terus berkembang dalam kalangan peminat di seluruh dunia,” tulis Leyla lagi.
Gerakan #KickIsraelOut serta #RedCardToIsrael merupakan salah satu idea penyokong bola sepak di seluruh dunia yang menggesa sekatan dikenakan kepada Persatuan Bola Sepak Israel daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak.
Sebelum ini penyokong Terengganu juga sebelum ini pernah tular kerana turut menyahut kempen menggantung Israel daripada arena bola sepak ini.
Kredit -- MakanBola

Scenes from the Malaysian league as Selangor FC @selangorfc fans displayed this beyond impressive tifo, joining the Red Card Israel movement.
— Leyla Hamed (@leylahamed) February 27, 2025
“No to Genocide. Kick Israel out”
Rather than losing power, the call to expel Israel from football keeps growing among fans worldwide. pic.twitter.com/xTwlPmEoYL