Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Solari tidak beri peluang kepada saya -- Navas

keylor-navas.jpg
Penjaga gol Real Madrid, Keylor Navas, mengkritik Santiago Solari, dengan berasakan dirinya tidak diberi peluang beraksi di bawah pimpinan bekas pengendali kelab itu.

Navas, yang hanya tampil empat kali dalam kesebelasan utama bagi saingan LaLiga sebelumnya, diberi peluang oleh Zinedine Zidane ketika berdepan Celta Vigo, Sabtu lalu, selepas pengendal kelahiran Perancis itu kembali memimpin pasukan awal bulan ini.

Pemain kebangsaan Costa Rica itu berkata tiada apa yang mampu dibuktikan kepada Solari untuk mendapatkan peluang beraksi.

"Saya dapat berasakan apa sahaja yang saya lakukan dalam sesi latihan, saya tidak akan diberikan peluang," kata Navas.

"Tetapi saya kekal profesional. Saya masih lagi bermotivasi tinggi untuk mempamerkan aksi cemerlang."

Navas menyertai Real pada 2014 dan memiliki kontrak hingga pertengahan 2021 untuk kekal di Santiago Bernabeu.

Pemain berusia 32 tahun itu berkata dia memberikan tumpuan untuk gergasi LaLiga itu tetapi berharap untuk turun beraksi dengan lebih kerap.

"Saya memiliki kontrak. Saya bersemangat tinggi bersama Real dan memberikan tumpuan untuk saingan akan datang.

"Saya telah memberikan segala-galanya untuk kelab ini dan akan terus melakukannya tetapi tidak mahu diketepikan seperti musim ini."

Advertisement

Must Watch Video