Pengendali Real Madrid, Santiago Solari, menegaskan dia tidak bercadang untuk meninggalkan pasukan selepas dikejutkan dengan penyingkiran daripada Liga Juara-Juara oleh Ajax.
Juara bertahan tiga kali itu dimalukan oleh Ajax yang mencatat kemenangan 4-1 di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Keputusan itu -- kekalahan keempat di laman sendiri selepas tewas dua kali di tangan seteru utama, Barcelona, minggu lalu -- menyebabkan Madrid tewas menerusi agregat 5-3.
Kekalahan dalam pusingan 16 itu menambah tekanan buat Solari yang kini ketinggalan 12 mata dalam carta LaLiga tetapi pengurus berusia 42 tahun yang menggantikan Julen Lopetegui tahun lalu itu tidak bercadang untuk meninggalkan pasukan.
"Saya tidak datang ke sini untuk berputus asa," katanya.
"Musim ini sangat sukar tetapi kami di sini untuk memberikan sepenuh hati dan perwatakan dalam detik yang sukar.
"Waktu senang agak mudah buat semua, anda boleh naik dan melaluinya tetapi detik sukar memerlukan anda untuk tampil berani.
"Apa yang perlu kami lakukan adalah tenang dalam keadaan ini dan menghadapinya dengan perwatakan yang terbaik," tambah Solari.
"Madrid lebih besar daripada kami dan ia sentiasa kembali dengan lebih kuat."
Selepas aksi menentang Ajax, pertahanan Los Blancos, Dani Carvajal, menyifatkan kekalahan Madrid itu sebagai kempen yang buruk.
Ditanya mengenai kenyataan Carvajal itu, Solari berkata: "Carvajal memiliki banyak perwatakan dan dia bercakap mengenai kehangatan di atas padang. Musim masih berjalan dan kami masih ada LaLiga."