Pengurus Real Madrid, Santiago Solari, tidak dapat menjamin masa depannya selepas kemenangan 4-1 ke atas Real Valladolid, awal pagi tadi.
Berikutan kekalahan berturut-turut kepada Barcelona dalam Copa del Rey dan LaLiga serta kejutan disingkirkan Ajax dalam Liga Juara-Juara (UCL), ia mempengaruhi persembahan Madrid dalam setengah jam pertama aksi di Jose Zorrilla itu.
Dua gol Sergi Guardiola dibatalkan akibat ofsaid manakala Ruben Alcaraz merembat tinggi sepakan penalti sebelum Valladolid berhasil memimpin perlawanan menerusi Anuar Mohamed Tuhami pada minit ke-29.
Raphael Varane kemudian menyamakan kedudukan dan Luka Modric melengkapkan kemenangan itu selepas Real Madrid bangkit untuk mendahului perlawanan melalui dua ledakan Karim Benzema tetapi kad merah Casemiro mencemari kemenangan bergaya itu.
Jose Mourinho semakin kerap dikaitkan akan kembali ke Santiago Bernabeu seawal minggu depan, sehubungan itu Solari enggan membincangkan prospek jawatannya dalam tempoh jangka masa panjang ketika ditemui dalam sidang berita pasca perlawanan.
"Saya tidak dapat menjawabnya," katanya ketika ditanya sama ada dia kekal menggalas peranan sebagai pengurus. "Esok kami akan mengadakan sesi latihan dan itulah yang saya fokuskan.
"Ia minggu yang sukar buat semua orang dan tentu sahaja buat pemain juga. 25 minit pertama perlawanan ini mencerminkan situasi itu dan kami mendapati ia sukar.
"Tetapi secara keseluruhan, mereka tahu bagaimana untuk meneruskan perjuangan. Ia membuktikan semangat dan tahap profesionalisme mereka."
Bagaimanapun, ulasan yang dibuat Pengarah Madrid, Emilio Butragueno, tidak menawarkan jaminan buatnya.
Ketika ditemu bual Movistar mengenai adakah Solari akan kekal sehingga akhir musim ini, bekas penggempur Madrid itu menjawab: "Solari adalah seorang yang sangat profesional tetapi sekarang kami di sini untuk membicarakan tentang perlawanan."
Ditekan adakah ini bermakna kemampuan Solari kurang dipercayai, Butragueno menambah: "Tidak, apa yang saya katakan ialah, kami di sini untuk bercakap tentang perlawanan."
Sekiranya terpaksa angkat kaki, Solari sekurang-kurangnya akan pergi dengan perasaan puas selepas mempamerkan keupayaannya mengendalikan sebuah pasukan yang dihimpit masalah kecederaan ketika menentang Valladolid yang diancam penyingkiran.
"Ini perlawanan yang sangat sukar selepas minggu yang sukar -- kami bertandang ke stadium yang sukar, menentang pasukan yang dalam keadaan terdesak manakala kami pula berdepan krisis kecederaan," katanya.
"Justeru, kami berasa puas dan bangga. Mereka begitu profesional."