Pengendali UiTM FC, Ismail Zakaria, menganggap kemenangan ke atas Pulau Pinang, Jumaat lalu bukan jaminan bahawa mereka mampu mempertahankan kemenangan ketika berdepan Kelantan pula di sebalik lawan mereka itu sekadar menghuni tangga kelapan Liga Perdana.
Ismail enggan barisan pemainnya berasa selesa meskipun prestasi Kelantan dilihat agak hambar apabila baru sahaja memenangi satu perlawanan setakat ini.
UiTM masih konsisten dengan tiga kemenangan dan hanya tewas sekali kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) II, minggu lalu sebelum mereka bangkit meraih kemenangan ke atas Pulau Pinang.
Namun, itu tidak bermakna The Red Warrios (TRW) tidak mampu melakar kejutan andai sedikit kelekaan berlaku sepertimana aksi menentang JDT II.
"Kami bangkit daripada kekalahan kepada JDT II untuk meraih kemenangan ke atas Pulau Pinang. Sebab itulah saya menganggap pemain saya mempunyai keinginan yang tinggi.
"Ada pasukan yang mengalami rentetan kekalahan tetapi bukan kami. Pemain saya telah membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan pasukan lain walaupun kebanyakannya merupakan pelajar di institusi pendidikan tinggi," kata Ismail.
UiTM menerima suntikan semangat lebih awal sebelum perlawanan keenam Jumaat ini dengan pelantikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Profesor Dr Azizan Abdullah, selaku presiden yang baru.
Misi utama Dr Azizan adalah untuk meneruskan sasaran yang pernah diletakkan oleh presiden terdahulu, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, untuk melihat pasukan itu meraih kedudukan empat teratas liga.
"Saya tidak mahu UiTM FC dipandang sebagai pasukan belasahan.
"Oleh itu, saya mahu kami memberikan saingan yang baik dengan pasukan-pasukan lain," ujar Dr Azizan.