Jakub Blaszczykowski menegaskan wujud perasaan kurang senang dalam skuad Poland selepas Robert Lewandowski mengkritik pasukannya selepas tersingkir daripada saingan Piala Dunia kali ini.
Tewas 2-1 kepada Senegal, diikuti kekalahan 3-0 kepada Colombia, skuad kendalian Adam Nawalka itu mencari ruang untuk menyelamatkan maruah mereka apabila berdepan Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan H di Volgograd, malam ini.
Selepas tamat aksi berdepan Colombia, kapten pasukan, Lewandowski, berkata Poland "tidak memiliki kualiti" ketika gagal untuk mengulangi pencapaian Euro 2016 apabila mereka mara ke pusingan suku akhir dan hanya disingkirkan menerusi penentuan sepakan penalti oleh Portugal.
Blaszczykowski menepis soalan mengenai ulasan Lewandowski itu dengan menjelaskan Poland perlu menerima sebarang kritikan yang diberikan.
"Apabila keputusan tidak memihak anda, masalah akan tiba," katanya.
"Maklumat yang palsu sentiasa hadir. Kami perlu menerima kritikan ini kerana impian kami tidak menjadi kenyataan.
"Pemain yang berada dalam pasukan ini menyedari tiada perubahan yang berlaku. Apa yang perlu dihadapi pasukan adalah kami telahpun tersingkir.
"Kami perlu menghadapinya dan berjuang esok. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong pasukan, terutama pada saat ini."