Skip to main content

Bola Sepak

Skuad Liga Perdana Inggeris letih untuk buru gelaran Eropah -- Bale

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

premier-league-burns-out-english-champions-league-hopes-says-madrid-star-bale.jpg
Bintang Real Madrid, Gareth Bale, percaya kekurangan rehat pada pertengahan musim dan persaingan domestik tidak henti-henti menyebabkan kelab Liga Perdana Inggeris kepenatan ketika datang untuk bersaing mencari penghormatan di Eropah.

Bale telah memenangi Liga Juara-Juara Eropah dua kali sejak meninggalkan Tottenham untuk skuad ibu negara Sepanyol itu pada 2013 dan melihat manfaat daripada rehat pada Krismas bagi mencari kesegaran pada penghujung kempen.

Real memiliki kelebihan 3-1 ke atas Napoli menjelang perlawanan 16 pasukan terakhir di Stadium San Paolo, awal pagi esok, manakala Arsenal akan beraksi pada masa yang sama, merenung ke arah penyingkiran akibat defisit 5-1 kepada Bayern Munich.

Manchester City mendahului 5-3 dengan Monaco selepas perlawanan pertama yang mendebarkan dan Leicester ketinggalan 2-1 kepada Sevilla, dan Bale berasakan penyusutan kekuatan kontinjen Liga Perdana sekali lagi membuatkan mereka bergelut untuk mencabar skuad elit benua itu.

"Saya rasa saya tahu mengapa -- tetapi anda tidak boleh mengubahnya. Liga itu sendiri. Dalam setiap perlawanan Liga Perdana, anda perlu berada pada 100 peratus selama 90 minit atau anda tewas," kata Bale, seperti yang dipetik The Sun.

"Pasukan Sepanyol pasti tahu bahawa mereka mempunyai kelebihan ini ke atas pasukan Inggeris. Saya rasa setiap negara tahu. Sepanyol, Itali, Jerman -- mereka semua mempunyai rehat musim sejuk.

"Jika anda cuba untuk hanya 45 minit anda tidak akan menang perlawanan dalam Liga Perdana. Jelas sekali, kami masih bermain tetapi ia bukan pada kadar sama dengan intensiti 110 peratus.

"Dan cuti musim sejuk mereka (Sepanyol) amat besar. Di England, anda akan bermain empat atau lima perlawanan dan kami tidak bermain apa-apa. Anda tidak mendapat banyak hari rehat dan ia benar-benar memenatkan untuk masa yang lama."

Ketika dia masih kagum dengan kelebihan daya saing dalam Liga Perdana, Bale percaya saingan pada penghujung LaLiga, skuad seperti Atletico Madrid dan juara Liga Europa, Sevilla, akan menekan Real dan pesaing El Clasico, Barcelona, untuk menampilkan kualiti bola sepak yang unggul

"Dari segi (pasukan) satu hingga 20, (persaingan) Liga Perdana adalah yang paling rapat. Pada hari tertentu, pasukan ke-20 boleh mengalahkan skuad atasan. Di sini, tidak begitu banyak. Ada jurang yang besar.

"Tetapi saya rasa kelompok enam atau tujuh terbaik di Sepanyol adalah benar-benar kuat dan dalam pertandingan (Liga Juara-Juara) Eropah, jelas ia Real Madrid dan Barcelona, Atletico Madrid telah menyertai perlawanan akhir dan Sevilla memenangi tiga Liga Europa.

"Liga Perdana adalah yang paling berdaya saing selama ini -- tetapi pasukan yang sentiasa memberikan persembahan terbaik di Eropah adalah dari Sepanyol."

Advertisement

Must Watch Video