Skip to main content

Bola Sepak

Skuad Jerman kini lebih bersatu -- Brandt

julian-brandt.jpg
Julian Brandt mengakui suasana positif dalam skuad Jerman semakin meningkat sejak meraih kemenangan 2-1 ke atas Sweden dalam saingan peringkat kumpulan Piala Dunia.

Terdapat laporan yang menyatakan wujud pergolakan dalam skuad Jerman selepas juara bertahan itu mengalami kekalahan 1-0 kepada Mexico dalam aksi pembukaan Kumpulan F dan berada di ambang penyingkiran ketika terikat 1-1 dengan Sweden pada minit-minit akhir.

Bagaimanapun, Toni Kroos menyelamatkan pasukan menerusi sepakan percuma pada minit ke-95 yang memberikan kemenangan 2-1 di sebalik beraksi dengan 10 pemain selepas Jerome Boateng dilayangkan kad merah.

Brandt menegaskan kemenangan itu telah memberikan penyatuan di antara pemain-pemain dalam pasukan, sekali gus meningkatkan semangat serta keyakinan untuk mara ke pusingan seterusnya.

"Kami lebih bersatu selepas memenangi perlawanan ke atas Sweden," katanya.

"Pemain-pemain dalam pasukan ini telah beraksi sebagai satu unit dalam tempoh yang agak panjang. Kami perlu memberikan aksi yang terbaik bagi memastikan mara ke pusingan seterusnya."

Advertisement

Must Watch Video