Skuad B-23 negara mencuri tumpuan apabila menewaskan China 1-0 dalam aksi persahabatan tertutup di Shanghai semalam.

Pasukan bimbingan Juan Torres Garrido itu memperoleh kemenangan dramatik hasil jaringan minit terakhir pertahanan Selangor, Harith Haiqal Adam Afkar.

Menerusi perkembangan terbaru daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, barisan Harimau Muda itu kini sedang menjalani pemulihan menjelang aksi kedua menentang tuan rumah di venue sama pada Selasa ini.

Sebagai rekod, dua perlawanan berkenaan merupakan langkah persiapan menjelang Kejohanan Piala Asia B-23 di Qatar pada April depan.