Maurizio Sarri mendakwa kegagalan pegawai perlawanan untuk menggunakan sistem video bantuan pengadil (VAR) menjadi punca pasukannya tewas 1-0 dalam aksi separuh akhir Piala EFL, awal pagi tadi.
Harry Kane memberikan kelebihan kepada Tottenham dengan satu jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-26 sebelum menghadapi aksi kedua di Stamford Bridge.
Kapten England itu dijatuhkan oleh penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga, tetapi selepas penjaga garisan mengangkat bendera ofsaid.
Pengadil perlawanan, Michael Oliver, pergi untuk mendapatkan bantuan video, yang menyaksikan Kane berada seiring dengan Cesar Azpilicueta, dan meneruskan untuk melayangkan kad kuning kepada Kepa dan memberikan sepakan penalti.
Sarri memberitahu Sky Sports bahawa Kane berada dalam kedudukan ofsaid dan tidak seharusnya diberikan sepakan penalti itu.
"Saya telah melihat beberapa minit yang lalu menerusi kamera kami. Kane berada di kedudukan ofsaid," tegas bekas pengendali Napoli itu.
"Kamera kami sebaris dengan Kane dan dia berada di kedudukan ofsaid. Tetapi ia tidak penting.
"Perkara yang penting adalah penjaga garisan harus mengikut gerakan bola dan ia tidak membantu pertahanan kami.
"Saya tidak berasakan pengadil di England bersedia untuk menggunakan sistem ini.
"Jika anda tidak pasti dengan sistem ini, anda perlu mengikut bola sebelum melakukan sebarang keputusan dengan sistem VAR. Dalam situasi ini, penjaga garisan itu berhenti," katanya lagi.
Oleh itu, Sarri bimbang dengan pengumuman VAR yang akan diperkenalkan sepenuhnya dalam Liga Perdana dari musim depan, selepas menyaksikan apa yang berlaku di Itali.
"Mereka cuba mendalami sistem ini kerana di Itali, mereka menghadapi kesukaran menggunakannya buat kali pertama.
"Ia merupakan sesuatu yang pelik kerana sistem ini tiada dalam Liga Perdana Inggeris tetapi digunakan untuk saingan Piala EFL."