Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Wira Yusoff Mahadi, percaya peraturan kawalan ekonomi seperti yang telah dipraktikkan dalam Liga Sepanyol mampu menjadi formula terbaik untuk menyelesaikan kes tunggakan gaji pemain yang kritikal di Malaysia.
Arena bolasepak negara mencetuskan sensasi apabila mencatatkan kes tunggakan gaji tertinggi di Asia dengan 262 kes sejak 2016.
Kemelut yang didedahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu mungkin lebih banyak jika ditambah dengan kes lain yang belum dipanjangkan ke badan induk itu.
Enggan ia menjadi lebih parah, MFL selaku badan pentabir liga bersedia untuk melaksanakan peraturan kawalan ekonomi dalam usaha menangani masalah kewangan pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia.
"Kami mahu mengikut seperti apa yang dipraktikkan LaLiga kerana sistem kawalan ekonomi itu berjaya menghapuskan masalah tunggakan gaji," kata Yusoff.
Peraturan kawalan ekonomi yang diterapkan LaLiga sejak 2012 sudah terbukti berjaya menghapuskan hutang majikan ke atas pemain.
Justeru, Yusoff percaya sistem itu yang turut menarik minat Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dapat membantu pasukan Liga Malaysia memahami peraturan dan menimba ilmu baru dalam pengurusan kewangan.
"Kami mahu mengadakan satu perjanjian bersama persatuan bola sepak negeri dan kelab selepas ini sebagai langkah untuk memastikan isu ini tidak lagi berulang pada masa akan datang," katanya.