Diego Simeone dan Jan Oblak meratapi permulaan perlahan Atletico Madrid yang tewas 1-0 kepada Barcelona.
Jaringan Ousmane Dembele di pertengahan separuh masa pertama memadai untuk memisah kedua-dua pasukan, dengan Atletico gagal mendapatkan seri di sebalik tekanan yang dipamerkan di penghujung permainan di Civitas Metropolitano, di mana Stefan Savic dan Ferran Torres dilayangkan kad merah atas pertelingkahan dalam masa kecederaan.
Keputusan itu meletakkan anak buah Simeone di tangga kelima dalam LaLiga dan kini bakal berusaha untuk memastikan mereka layak beraksi di Liga Juara-Juara musim depan, dan bos Atletico itu mengakui bahawa pembukaan yang hambar telah merugikan pasukannya.
“Ia [permulaan perlahan] jelas dilihat dalam 20 minit pertama, bukan kerana mereka mencipta situasi menjaringkan gol, tetapi kami tidak dapat menghasilkan permainan yang lebih baik,” katanya.
"Kami tidak dapat mengawal permainan untuk mula menyerang. Selepas jaringan, kami mula menunjukkan lebih banyak perkara yang kami mahukan. Selepas itu, perlawanan yang baik telah dimainkan, yang lebih menarik.
"Realitinya kami tewas. Memang benar Barcelona berhak mendapat kemenangan... tetapi terdapat kekurangan daripada sentuhan pemain kami."
Oblak turut senada dengan Simeone, dia berkata, "Kami bermain dengan baik kecuali 25 minit pertama permainan. Kami memberikan tekanan dengan baik, memperoleh peluang tetapi tidak bernasib baik.
"Secara keseluruhan kami telah bermain baik dan seharusnya mendapatkan jaringan namun gagal melakukan sedemikian.
"Selepas Barcelona mendapat jaringan, ia menjadi lebih sukar, tetapi kami telah melakukan yang terbaik sehingga tamat perlawanan."

FT in Madrid. pic.twitter.com/lDcRMkfBuK
— Atlético de Madrid (@atletienglish) January 8, 2023