Skip to main content

Bola Sepak

Simeone jangka Atletico-Valladolid saling bermati-matian aksi terakhir LaLiga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

simeone.jpg
Diego Simeone menjangkakan Atletico Madrid dan Real Valladolid sedia "mempertaruhkan nyawa' mereka dalam perlawanan terakhir yang menjadi penentu gelaran LaLiga musim ini. 

Atleti menuju ke perlawanan tengah malam ini dengan kelebihan dua mata ke atas seteru kota, Real Madrid, di puncak LaLiga.

Mereka menyedari kemenangan akan menjamin trofi liga pertama mereka sejak 2013-14, dengan menafikan hasrat Barcelona apabila 1-1 pada hari terakhir.

Namun, Rojiblancos berdepan pertaruhan tinggi di Valladolid yang turut mengintai kemenangan bagi mengelak tersingkir ke divisyen kedua.

Sejarah berpihak kepada Atleti memandangkan Valladolid gagal memenangi 11 aksi liga terakhir mereka selain gagal menyumbat sebarang gol dalam daripada lapan sebelumnya.

Tambahan pula, skuad bimbingan Sergio Gonzalez itu belum pernah mengalahkan Atletico dalam lapan perlawanan LaLiga.


 

Simeone bakal diangkat pengurus ketiga kelab ibu kota Sepanyol itu yang memenangi dua gelaran untuk menyusuli kejayaan Ricardo Zamora (1940 dan 1941) dan Helenio Herrera (1950 dan 1951), maka tidak hairanlah dia berasakan bahang tekanannya. 

Namun, bekas pemain tengah itu mengatakan persiapan untuk hujung minggu ini tiada bezanya dengan perlawanan lain musim ini.

"Kami menjalani persiapan seperti biasa, "katanya. 

"Kami perlu berwaspada dengan Valladolid, satu lawan yang mempunyai sasaran sendiri.

"Kami sedar apa jua boleh berlaku dalam perlawanan dan jelas keperluan Valladolid berbeza dengan kami, tetapi mereka tetap pencabar daripada segi tujuan penting.

"Kami sering tenggelam dalam perlawanan penting jadi ia satu-satunya perkara yang menjadi perhatian kami dan ia bergantung sepenuhnya kepada kami sendiri.

"Semua pasukan telah melalui situasi yang berbeza untuk sampai ke tahap ini. Kami berdua berjuang untuk liga, tiga lagi mahu mengelak penyingkiran sementara tiga pasukan merebut tempat ke Liga Europa. Itulah liga Sepanyol: permainan demi permainan, anda harus berusaha semaksima yang mungkin dengan harapan untuk menghasilkan terbaik. 

"Ini adalah perlawanan akhir. Dua pasukan berjuang untuk tujuan yang berbeza dan masing-masing sedia mempertaruhkan nyawa untuk tujuan itu."

Simeone mengelak memberi bayangan mengenai kesebelasan utamanya tetapi mengesahkan ada beberapa pemain yang perlu menghadapi ujian kecergasan.

"Yang pertama, mari kita lihat bagaimana dua atau tiga pemain yang sedang dalam pemerhatian ini dapat mengatasinya jika mereka dapat memulakan perlawanan sebelum saya memutuskan perancangannya pada pagi perlawanan," tambahnya.

 

Advertisement

Must Watch Video