Diego Simeone mendakwa Real Madrid dan Barcelona tidak mungkin kalah lagi musim ini, kerana dia mengakui adalah normal bagi pasukannya Atletico Madrid untuk berasakan tekanan.
Pendahulu LaLiga, Atleti terpaksa menelan kekecewaan semalam apabila gagal mengatasi Getafe yang beraksi dengan 10 pemain apabila seri tanpa jaringan.
Atleti memiliki 72.7 peratus kawalan permainan, paling banyak dimiliki mereka dalam perlawanan LaLiga sejak musim 2004-05.
David Soria berada di tahap terbaik buat Getafe, menafikan tujuh peluang sementara percubaan Luis Suarez terkena palang gol.
Keputusan itu menyaksikan Atleti sekadar enam mata di atas Real, namun Barca boleh merapatkan kedudukan kepada empat mata jika mereka mengatasi Huesca esok.
Dua jaringan Karim Benzema mengangkat kemenangan Real ke atas Elche dan Simeone percaya kedua-dua pencabar Atleti tidak akan tercicir mata lagi selepas ini.
"Kami mempunyai idea untuk menang lagi dan terus mendapat kelebihan yang kami ada," katanya.
"Babak pertama tidak bagus, permainan tidak lancar, tiada ada peralihan yang baik. Pada separuh masa kedua pasukan bertambah baik dan pada akhirnya mempunyai lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol.
"Saya berpendapat bahawa pasukan ini bermain dengan baik, kami harus tenang, ini adalah kejuaraan yang sangat sukar, Real dan Barcelona tidak akan kalah dalam perlawanan bermula sekarang hingga akhir musim dan kami harus mengetahui apa jalan kami harungi."
Ditanya adakah Atleti berasakan tekanan, Simeone berkata, "Itu normal, kami hampir sepanjang musim mendahului saingan.
"Terdapat baki 11 perlawanan, mereka berkata Barcelona bermain teruka tetapi bertemu Paris Saint-Germain mereka boleh menang. Mereka memiliki presiden baru, semangat dan Real sentiasa berjaya memenangi perlawanan."
Tumpuan Atleti beralih buat sementara bagi aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara bertemu Chelsea Rabu ini.
Skuad kendalian Thomas Tuchel, yang masih belum tewas di bawah pimpinan pengendali Jerman itu, mendahului 1-0 secara agreget hasil jaringan Olivier Giroud.

72.7% - Atlético de Madrid had 72.7% possession against Getafe (0-0), their highest figure in a LaLiga game since at least 2005/06. Fruitless. pic.twitter.com/9glUSig55O
— OptaJose (@OptaJose) March 13, 2021