Thiago Silva mengaitkan penyingkiran pasukannya, Paris Saint-Germain (PSG), dalam Liga Juara Eropah dengan Real Madrid sambil melabel kekalahan mereka itu sebagai "sesuatu yang memalukan".
PSG dikejutkan dengan penyingkiran di laman sendiri oleh Manchester United dalam pusingan 16 di Paris, awal pagi tadi akibat tewas 1-3 dengan peraturan gol laman lawan selepas kedudukan agregat terikat 3-3.
Kekalahan itu tiba sehari selepas Madrid diaibkan Ajax susulan kekalahan 1-4 di Santiago Barnebeu untuk juara tiga edisi lalu itu turut disingkirkan.
Bagi Silva, kedua-dua kejutan itu boleh dikaitkan sambil meratapi prestasi PSG di Parc Des Princes itu.
"Kami beraksi baik di laman mereka, namun segalanya serba tidak menjadi di sini," kata kapten PSG itu kepada RMC Sport.
"Bola sepak memang seperti itu. Ia perkara sama yang berlaku kepada Real Madrid semalam.
"Ia amat memalukan kerana kami sudah berusaha keras dan segalanya tidak berpihak kepada kami," katanya.
Jaringan penalti Marcus Rashford pada minit ke-94 memastikan kemaraan United dengan penyerang itu memperoleh peluang tersebut hasil bantuan video bantuan pengadil (VAR) selepas bola didapati terkena tangan Presnel Kimpembe.
Walaupun meratapi keputusan itu, Silva berkata PSG sepatutnya menamatkan perlawanan itu lebih awal.
"Kami tidak mempunyai masa untuk memberikan reaksi balas walaupun kami sepatutnya telah melakukannya dalam tempoh 90 minit perlawanan," tambahnya.