Skip to main content

Bola Sepak

Silva nafi berbalah dengan Neymar

thiago-silva.jpg
Pertahanan Brazil, Thiago Silva, menafikan bahawa dia mempunyai masalah dengan rakan sepasukan, Neymar.

Selepas kemenangan 2-0 ke atas Costa Rica dalam Piala Dunia Russia 2018, Silva berkata dia berasa sedih setelah dihina oleh Neymar semasa pertemuan itu.

Bagaimanapun, Silva menolak sebarang dakwaan bahawa wujud masalah di antara dia dan penggempur tersebut tatkala Brazil bersedia untuk mengharungi peringkat kalah mati.

"Sesetengah orang terlalu banyak mulut tetapi saya tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan Neymar," katanya kepada Le Parisien.

"Ia merupakan satu jenaka yang saya buat dan wartawan memperbesar-besarkannya."

Brazil, yang menduduki tangga teratas Kumpulan E di Russia akan menghadapi Mexico dalam pusingan 16, Isnin ini. 

Advertisement

Must Watch Video