Gennaro Gattuso menjelaskan bahawa Andre Silva masih ada ruang untuk beraksi bersama AC Milan di sebalik dikaitkan dengan perpindahan, akhir musim ini.
Pemain antarabangsa Portugal itu dipinjamkan ke Sevilla dalam kancah LaLiga selepas musim sulung yang mengecewakan di San Siro dengan hanya menyumbat dua gol dalam 24 penampilan Serie A selepas berpindah daripada Porto dengan perjanjian bernilai £34 juta (RM 182.6j).
Silva pada mulanya cemerlang di Sepanyol dengan mencetak lapan gol sebelum Disember lalu tetapi sejak itu, dia hanya sempat meledak satu jaringan dalam 16 aksi liga dan diketepikan ketika ini ekoran kecederaan ringan.
Sevilla nampaknya tidak mungkin akan mengikat pemain berusia 23 tahun itu secara kekal, lebih-lebih lagi Munas Dabbur akan tiba daripada Salzburg, Julai depan.
Begitupun, laporan di Itali mencadangkan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolves, turut mengintai kelibatnya selain Monaco dan Valencia.
Gattuso memberi isyarat masih ada ruang buat penyerang itu di Milan tetapi dalam sidang berita semalam memberitahu: "Andre memutuskan dia perlu pergi kerana mahu mendapatkan lebih banyak masa permainan.
"Saya sering menganggapnya sebagai pemain yang boleh menjadi tonggak buat kami berdasarkan umur dan bakatnya."
Pengurus Rossoneri itu mendapat suntikan semangat menjelang pertembungan dengan pasukan di tangga ke-14, Parma, (6.30 petang ini) berikutan berita Lucas Paqueta dan Gianluigi Donnarumma kembali cergas sejak diketepikan ketika mereka seri 1-1 dengan Udinese, 2 April lalu.
Milan turut menuju ke Stadio Ennio Tardini berbekalkan kemenangan 1-0 ke atas Lazio, hujung minggu lalu, untuk mengakhiri kemarau kemenangan mereka dalam empat perlawanan dan situasi semasa menyaksikan mereka di laluan tepat untuk meraih tiket Liga Juara-Juara (UCL).
Begitupun, barisan bimbingan Gattuso itu hanya menang lima kali daripada 15 perlawanan di tempat lawan musim ini, apatah lagi dalam pertemuan pada Disember lalu, Milan terpaksa bangkit untuk membenam Parma.
"Parma merupakan seteru yang sukar, kami bernasib baik untuk menang dalam pertemuan terakhir," kata Gattuso. "Mereka memiliki pemain yang boleh menimbulkan masalah dan Tardini adalah gelanggang yang sukar buat Milan. Saya menjangkakan senario itu.
"Perlawanan esok amat getir dan banyak perkara yang akan dipertaruhkan. Kami perlu berikan aksi terbaik. Kami fokus sepenuhnya sempena perlawanan itu, kami tidak akan memberi muka kepada Parma.
"Tetapi saya tidak menjangkakan perlawanan ini akan menjadi penentu kepada apa-apa pencapaian -- perjuangan untuk meraih tempat keempat akan diteruskan sehingga akhir musim ini.
"Kami hanya memang lima kali di tempat lawan musim ini dan kami sepatutnya menang lebih banyak. Kami perlu lebih klinikal dan bermain dengan minda yang betul."