WC QUALIFYING
SIARAN LANGSUNG: Saksikan sesi latihan Malaysia vs Kyrgyzstan!
Malaysia akan membuka kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini.
Menjelang perlawanan yang cukup penting itu, Astro Arena bakal membawakan siaran langsung sesi latihan pasukan kebangsaan untuk anda menyaksikan barisan bintang terkenal bola sepak tanah air giat membuat persiapan bertemu Kyrgyzstan.
Ikuti Nadi Bola: Latihan Pasukan Malaysia bermula jam 6.00 petang esok di Astro Arena saluran 801 dan live streaming menerusi aplikasi Astro Go, YouTube, dan Sooka.
Must-Watch Video