'Bersiap-sedia menghadapi kemungkinan terburuk'
Mantan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad, berkongsi reaksinya mengenai kes pemain warisan menjelang keputusan rayuan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hujung bulan ini.
Dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Azzuddin menjelaskan keputusan akhir tetap bergantung kepada penilaian FIFA walaupun FAM mengemukakan hujah bagi mempertahankan diri.
"Anda bersalaman dengan Presiden FIFA (Gianni Infantino), tetapi peraturan tetap peraturan.
"Anda perlu bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan. Sama ada digantung ataupun didenda dengan lebih tinggi.
"Kerana, tiada sebab anda nak lawan FIFA. Saya jamin, mereka sudah mempunyai setiap butiran dalam 'poket' mereka.
"Mungkin afidavit (segala bukti) juga ada selain daripada sijil kelahiran tujuh pemain berkenaan.
"Adakah kita nak malukan diri sendiri lagi?
"Dan, kita bayar kononnya seseorang profesional dengan gaji yang sangat tinggi tetapi memalukan lagi negara," katanya di Nadi Arena.
Sementara itu, Azzuddin yang berkhidmat selama enam tahun bersama FAM turut menegaskan tindakan badan induk itu menggantung tugas Datuk Noor Azman Rahman sebagai tidak wajar.
Jelasnya, keputusan itu dibuat ketika proses rayuan terhadap kes pemain warisan masih berjalan, sekali gus menimbulkan persoalan tentang keadilan dalam pengurusan isu itu.
"Tugas harian seketeriat perlu berjalan dengan lancar.
"Apabila kamu gantung seseorang berasaskan penyiasatan adalah tidak wajar.
"Bukan hasil penyiasatan," katanya lagi.
Keputusan rayuan dijangka diumumkan pada 30 Oktober ini selepas FIFA mengenakan penggantungan 12 bulan ke atas tujuh pemain dan mendenda FAM susulan dakwaan pemalsuan dokumen.
Gear Up Sekarang

“Tidak wajar Setiausaha Agung yang digantung tugas”, mantan Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Azzuddin Ahmad.@ASTROARENA pic.twitter.com/xOgeP9E1FV
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 22, 2025
"Mungkin afidavit (segala bukti) juga ada selain daripada sijil kelahiran tujuh pemain berkenaan.
"Adakah kita nak malukan diri sendiri lagi?
"Dan, kita bayar kononnya seseorang profesional dengan gaji yang sangat tinggi tetapi memalukan lagi negara," katanya di Nadi Arena.
Sementara itu, Azzuddin yang berkhidmat selama enam tahun bersama FAM turut menegaskan tindakan badan induk itu menggantung tugas Datuk Noor Azman Rahman sebagai tidak wajar.
Jelasnya, keputusan itu dibuat ketika proses rayuan terhadap kes pemain warisan masih berjalan, sekali gus menimbulkan persoalan tentang keadilan dalam pengurusan isu itu.
"Tugas harian seketeriat perlu berjalan dengan lancar.
"Apabila kamu gantung seseorang berasaskan penyiasatan adalah tidak wajar.
"Bukan hasil penyiasatan," katanya lagi.
Keputusan rayuan dijangka diumumkan pada 30 Oktober ini selepas FIFA mengenakan penggantungan 12 bulan ke atas tujuh pemain dan mendenda FAM susulan dakwaan pemalsuan dokumen.

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang