Tiada istilah jalan mudah buat bekas juara musim lalu, Buriram United yang terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi Kumpulan A di Chang Arena, Thailand.
10 minit masa tambahan menjadi pemusnah buat Selangor, halangan untuk The Red Giants langkah kanan di aksi pertama Kejuaraan Kelab ASEAN Piala Shopee.
Berjaya membawa pulang satu mata, ketika ramai yang melihat aksi dengan Buriram United lebih memihak kepada tuan rumah semalam.
Pertahanan dan penjaga gawang Selangor Kalamullah A-Hhafiz Mat Rowi wajar diberikan pujian.
Aksi dengan Buriram United membawa seribu makna buat barisan Katsuhito Kinoshi yang tidak mahu pulang dengan berputih mata.
Menerusi transisi formasi yang diterapkan Kinoshi membuahkan hasil apabila Selangor berjaya mencetak jaringan pembukaan menerusi penyerang import Chrigor Moraes yang menerima hantaran cantik Nooa Laine pada minit ke-38.
Melihat pasukan pelawat mendahului perlawanan di babak pertama, kemasukan Theerathon Bunmathan mengubah wajah The Thunder Castle di babak kedua.
Serangan bertali arus memberi ujian luar biasa buat Kalamullah yang tenang menafikan ancaman pasukan tuan rumah.
Hampir membawa pulang tiga mata penuh, hasrat di hujung perlawanan berakhir pada minit 96 apabila Kalamullah akhirnya tewas dengan tandukan tajam Robert Zulj.