Pengalaman Kuala Lumpur City menjadi ukuran setanding dengan Terengganu untuk bersaing dalam kejohanan Kelab Asean 2024 (Shopee Cup) bermula 17 Julai ini.
Walaupun kehilangan banyak pemain utama musim ini, pemerhati bola sepak tempatan, Asmawi Bakiri, merasakan itu bukan alasan untuk menidakkan potensi sebenar The City Boys berikan cabaran kepada pasukan gergasi asean yang lain.
"Walaupun kehilangan pemain utama seperti Romel Morales, Akram Mahinan, Tchetche Kipre, dan ramai lagi, pengalaman sewaktu bermain di AFC Cup dua tahun lalu serta kebijaksanaan pengurusan akan membantu KL City mengharungi cabaran dalam Shopee Cup ini". Katanya.
Najmi Iman
Sat Apr 06 2024