Pemain pertahanan, Shivan Pillay Asokan, yang masih berbaki satu tahun kontrak bersama The Bos Gaurus turut meletakkan sasaran memastikan Perak berada dalam kelompok lima pasukan terbaik Liga Super 2024.
Pemain berusia 24 tahun itu percaya, gandingannya bersama tonggak import, Jasper Nyholm akan bertambah baik selepas beraksi hampir enam bulan bersama sejak Jun 2023.
Untuk rekod, pemain kelahiran Kuala Krai, Kelantan ini muncul antara watak penitng skuad kendalian Yusri Che Lah apabila beraksi dalam 28 perlawanan bagi semua kejohanan.
"Secara peribadi, saya nak jadi lebih konsisten tahun ini, harap bebas daripada kecederaan dan dapat bermain untuk semua perlawanan.
"Bagi pasukan pula, saya nak kita capai kedudukan lima pasukan terbaik di Liga Super, manakala bagi Piala Malaysia mungkin mara ke Final tahun ini.
"Kita perlu tambahbaik komunikasi antara kami dan harap kurang dibolosi." katanya yang ingin menyarung jersi Harimau Malaya.
Musim lalu, Perak yang mencatat enam kemenangan empat seri dan 16 kekalahan menduduki di tangga ke-11 Liga Super 2023.