Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Shaw pemain terbaik United -- Lukaku

luke-shaw.jpg
Romelu Lukaku menyifatkan Luke Shaw sebagai pemain terbaik Manchester United musim ini.

Pertahanan kiri itu melakukan bantuan kepada jaringan pertama Lukaku ketika United meraih kemenangan 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Crystal Palace, sekali gus memastikan United melakar kemenangan kelapan berturut-turut di tempat lawan.

Ia merupakan persembahan cemerlang daripada Shaw, yang mempamerkan aksi konsisten di bawah kendalian pengendali sementara, Ole Gunnar Solskjaer, selepas terdapat beberapa isu di bawah pimpinan bekas pengendali Jose Mourinho.

Lukaku mengakui dia menjangkakan pemain berusia 23 tahun itu akan mempamerkan sesuatu bagi musim 2018-19 selepas berjaya mengatasi siri kecederaan yang membelenggunya.

"Dia adalah pemain terbaik musim ini," kata Lukaku. "Dari permulaan hingga sekarang, Shaw mempamerkan aksi konsisten.

"Ia bermula dengan persiapannya, kami sering berhubung sepanjang musim panas ketika saya berada di Russia (untuk saingan Piala Dunia). 

"Shaw berpotensi untuk menjadi pertahanan kiri United dan England untuk jangka masa panjang," tambahnya.

Shaw sebelum ini dikritik secara terbuka oleh Mourinho tetapi dia telah membuktikan kebolehannya dan meraih semula kepercayaan pengendali kelahiran Portugal itu.

"Kritikan Mourinho tidak menjatuhkan Shaw. Dia memiliki tahap kekuatan mental yang tinggi, sesuatu yang tidak diketahui ramai."

Lukaku menjaringkan dua gol ke atas Palace sebelum Ashley Young memastikan kemenangan United selepas Joel Ward mengurangkan defisit jaringan.

Pemain skuad kebangsaan Belgium itu mengakui lega kembali meledak jaringan buat kali pertama sejak menewaskan Reading 2-0, 5 Januari lalu.

"Saya mahu menjaringkan gol. Tetapi saya kini lebih terlibat dalam menggerakan jentera serangan. Saya telah cuba menghasilkan sesuatu ketika berdepan Liverpool," ujarnya.

Lukaku turut memuji impak Solskjaer dan dia mahu mempelajari lebih banyak ilmu daripada pengurus itu.

"Beliau seorang yang bersifat terbuka, jujur dalam setiap kata-katanya. Beliau berjaya membuatkan saya dahagakan jaringan setiap kali turun beraksi."
 

Advertisement

Must Watch Video