Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Shakespeare: Pemain-pemain cipta kejayaan membanggakan

shakespeare-lauds-immense-leicester-victory.jpg

LEICESTER 2 SEVILLA 0 (agregat 3-2)

Craig Shakespeare menyifatkan Leicester City boleh berbangga dengan kemenangan 2-0 ke atas Sevilla yang menyaksikan mereka mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

The Foxes ketinggalan 2-1 dalam aksi pertama pusingan kalah mati, namun mempamerkan kebangkitan untuk menang secara agregat 3-2 hasil jaringan Wes Morgan dan Marc Albrighton untuk menempah slot ke suku akhir. 

Penjaga gol The Foxes, Kasper Schmeichel, turut memainkan peranan apabila berjaya menepis sepakan penalti Steven N'Zonzi pada penghujung perlawanan.

Sejak pemecatan Claudio Ranieri, Shakespeare telah memenangi tiga perlawanan selepas mengambil alih juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

"Pemain-pemain boleh berbangga dengan kemenangan ini, ia adalah keputusan mengejut," kata Shakespeare kepada BT Sport. 

"Kami memberikan tekanan sepanjang perlawanan, kami mahu memastikan lawan kami tidak selesa serta gagal mencari rentak permainan. Perancangan kami membuahkan hasil.

"Jaringan gol mengubah suasana perlawanan dan jaringan Morgan meletakkan kami di dalam kedudukan selesa.
"Schmeichel turut mempamerkan aksi cemerlang, dia juga telah memastikan kami tidak dibolosi selepas Sevilla dihadiahkan sepakan penalti.

"Ini merupakan satu perlawanan yang menakjubkan, kami baru sahaja menyingkirkan salah satu pasukan berpengalaman di Eropah."

Advertisement

Must Watch Video