Meskipun bakal berdepan pasukan yang dibelenggu masalah pada ketika ini, pertahanan Selangor FC, Shahrul Nazeem Zulpakar mengambil sikap berwaspada menjelang pertemuan dengan Kelantan FC esok.
Lebih-lebih lagi dengan kehadiran import The Red Warriors, Ismahil Akinade yang sudahpun melakar nama selaku penjaring sebanyak tiga kali musim ini.
"Saya tetap bersedia untuk berdepan lawan sekalipun, saya mahu menghadirkan permainan terbaik dan membantu pasukan memperoleh tiga mata untuk Selangor," kata Sharul.
Ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe turut berkongsi pandangan sama mengenai pertemuan itu dan berharap agar anak buahnya tidak leka berdepan lawan yang menghadapi krisis.
"Kami mengetahui Kelantan berdepan krisis, namun pemain-pemain memiliki maruah dan kami tidak mengambil mudah bertemu dengan mana-mana pasukan.
"Kami juga akan memastikan keputusan akan memihak Selangor dan meneruskan momentum yang positif ini."