Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Shahril mohon jasa baik MFL

shahril.jpg
Bekas penjaga gol Perlis, Shahril Saari, berharap Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi geran tahunan kepada skuad yang sudah terkubur itu bagi membayar gaji barisan pemain. 

Shahril merupakan pemain Perlis yang berjaya diikat PDRM FA selepas MFL melanjutkan jendela perpindahan kepada barisan pemain skuad Singa Utara itu. 

Pemain berusia 29 tahun itu mengakui seramai tujuh bekas rakan sepasukannya belum mendapatkan pasukan baru, namun bantuan MFL itu mampu membantu mereka sebelum jendela perpindahan kedua musim ini dibuka. 

Sebelum ini, MFL membatalkan penyertaan skuad Singa Utara yang bersaing dalam Liga Perdana selepas tidak mempunyai dokumen kewangan yang kukuh untuk meneruskan saingan musim ini. 

"Bagi saya, setiap pemain yang bersama pasukan sebelum ini, mereka mengharapkan sesuatu daripada pihak yang berwajib. Kalau tidak silap, ada enam atau tujuh pemain lagi yang masih belum mempunyai pasukan. Jadi, saya harap bantuan daripada pihak berwajib mampu meringankan beban mereka," katanya.

Selain itu, Shahril juga mahu membuktikan aksi mantap dalam penampilan pertamanya bersama skuad Sang Saka Biru itu yang bakal berhadapan dengan pasukan UKM FC esok. 

"Setiap perlawanan akan meraih keputusan yang berbeza jika kami berikan yang terbaik. Jadi, apa yang telah jurulatih berikan, saya yakin kami menang lawan UKM."

Advertisement

Must Watch Video