Penyerang Perak, Shahrel Fikry Md Fauzi, kecewa 'jaringannya' dinafikan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri, sekali gus memadamkan hasrat The Bos Gaurus untuk memburu kemenangan kedua Liga Super musim ini.
Shahrel tidak teragak-agak menegaskan bahawa ia adalah satu jaringan.
Namun, sepakannya pada minit ke-80 itu tidak disahkan pengadil yang memaksa Perak untuk menggigit jari kerana gagal mengutip mata penuh apabila seri 2-2 dengan PKNS di Stadium Perak, kelmarin.
"Bola itu sudah masuk (melintasi garisan gol) biarpun cuba ditepis penjaga gol tetapi apakan daya, keputusan pengadil tidak berpihak kepada Perak," katanya.
Kesudahannya, Perak terus terperangkap dalam situasi sukar untuk mencetak kemenangan dan keputusan berkenaan merupakan aksi seri kelima skuad kendalian Mehmet Durakovic itu.
"Kami banyak melakar keputusan seri tetapi apabila menentang Selangor (Jumaat ini), kami akan memburu kemenangan di tempat lawan.
"Kami sedar Selangor baru sahaja meraikan kemenangan ke atas Melaka United, jadi kami perlu bekerja lebih keras," tambahnya.