Penyerang prolifik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC), Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, sah akan ke Thailand hari ini selepas pihak pengurusan PKNP mengeluarkan surat pelepasan rasmi kepadanya pagi tadi.
Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh Shahrel yang dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Thailand lewat petang ini.
“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan PKNP FC yang melepaskan saya pergi sebagai pemain pinjaman kepada Kelab Liga Divisyen 1 Thailand, Nakhon Ratchasima FC.
Sampainya di sana nanti saya akan terus melakukan pemeriksaan kesihatan dan seterusnya akan menandatangani kontrak bersama kelab berkenaan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Shahrel berkata dia ditawarkan kontrak selama lima bulan sebagai pemain pinjaman dan sekiranya persembahannya berjaya memukau pengurusan Nakhon Ratchasima FC, dia akan ditawarkan kontrak yang lebih baik.
Permergian Shahrel yang merupakan pemenang anugerah penyerang tempatan terbaik dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan musim lalu didorong keazaman untuk keluar daripada zon selesa dan mencabar dirinya ke satu tahap yang lebih tinggi.
“Memang menjadi cita-cita saya untuk beraksi di luar negara. Bermain dalam liga Thailand adalah satu cabaran yang baru buat saya dan saya mahu membuktikan anak Melayu juga mampu berjaya seiring dangan kualiti pemain import yang lain.
“Walaupun pendapatan (gaji) saya jika dibandingkan agak tidak setimpal dengan status selaku pemain import di sana (Thailand), itu tidak mematahkan usaha saya untuk membuat penampilan di Thailand,” katanya.
Shahrel pernah disisihkan daripada skuad bawah-23 kebangsaan kerana mempunyai masalah jantung, namun dia bangkit untuk membantu PKNP FC memburu slot Liga Super pada musim ini dengan siri persembahan cemerlang di depan gol sehingga dipilih menyertai skuad kebangsaan.
Selain Shahrel, turut beraksi dalam saingan Liga Thailand ialah pemain berdarah campuran Malaysia, Curran Ferns yang menyertai kelab Sukhothai FC daripada Felda United.
-- BERNAMA
Imej: Asiana