Saingan GP Karnival Futsal MILO Hidup Bola 2025 menyaksikan kehebatan dua pasukan muda dalam kategori Bawah 16 dan Bawah 12 Tahun apabila masing-masing dinobatkan juara selepas aksi yang penuh dramatik dan berintensiti tinggi.
Dalam kategori Bawah 16 Tahun, pasukan Seven E 501 menampilkan prestasi mantap apabila menewaskan Court Soccer B dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung penuh sengit dan berintensiti tinggi.
Lebih membanggakan, pemain-pemain Seven E 501 sanggup mengharungi cabaran besar termasuk mengeluarkan belanja sendiri bagi tiket penerbangan dari Sabah serta kos penginapan demi menyertai kejohanan ini. Namun, segala pengorbanan itu ternyata berbaloi apabila mereka membawa pulang kejuaraan berprestij ini dan mencipta kenangan bermakna sepanjang kejohanan.
Menurut jurulatih Seven E 501, Norshabandi Hassan "Percubaan kali ketiga membuahkan hasil setelah tersungkur di peringkat suku akhir & separuh akhir sebelum ini"
Tambahnya "Ini merupakan program terbaik untuk mencungkil bakat dikalangan anak-anak muda"
Sementara itu, bagi kategori Bawah 12 Tahun, pasukan Stylo Milo B membuktikan bahawa keserasian berpasukan dan kemahiran individu adalah gabungan yang tidak boleh dipandang rendah. Mereka berjaya menundukkan Wafie FT dalam perlawanan akhir yang berlangsung rancak dan penuh aksi menarik.
Corak permainan kemas dan tersusun yang dipamerkan Stylo Milo B membolehkan mereka menguasai perlawanan dari awal hingga tamat. Dua jaringan penting yang dihasilkan sepanjang perlawanan cukup untuk menobatkan mereka sebagai juara, sementara pasukan Wafie FT terpaksa akur dengan kekalahan selepas wisel penamat dibunyikan.