Pemenang Piala Dunia bersama Argentina, Papu Gomez, digantung dua tahun oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas diuji postif menggunakan bahan terlarang, demikian disahkan kelabnya, Monza.
Kelab Serie A itu berkata, bahan terlarang jenis terbutaline didapati berada dalam sampel biologi pemain tengah Argentina itu ketika dia mewakili Sevilla pada tahun lalu.
“FIFA telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Anti-Doping Sepanyol mengenai keputusan awal berkenaan dakwaan yang dikenakan terhadap Alejandro Dario Gomez," kata Monza dalam satu kenyataan.
"Hukuman itu melibatkan penggantungan selama dua tahun daripada sebarang aktiviti sukan.
"Kewujudan terbutaline ditemui dalam sampel biologi pemain bola sepak itu. Ia adalah sejenis ubat yang digunakan untuk meredakan masalah bronkospasma, yangh diambil pada 2022 sewaktu pemain itu didaftarkan bersama Sevilla FC.
"AC Monza memiliki hak untuk menilai langkah prosedur seterusnya."
Sebagai rekod, Gomez pernah mewakili Argentina sebanyak 17 kali dan memulakan dua perlawanan dalam Piala Dunia 2022, termasuk ketika mencatatkan kemenangan ke atas Australia dalam pusingan 16, di mana pasukan Amerika Selatan itu bergelar juara dunia buat kali ketiga di Qatar.

COMUNICATO UFFICIALE AC MONZA ▶️ https://t.co/7vXu0QqgEU pic.twitter.com/i6Dz10RjCB
— AC Monza (@ACMonza) October 20, 2023